
Sulit
4 tahun
Selesai menjalani ujian swab test
Klu saya telah menjalani swab test sebagai kontak rapat perlu kuarantin ke

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda.
Kami faham kebimbangan anda pada masa ini tentang wabak COVID-19. Kuarantin selama 14 hari amat penting walaupun ujian pengesanan COVID-19 kali pertama negatif. Ini disebabkan oleh tempoh pengeraman virus COVID-19 antara 4 atau 5 hari sehingga 14 hari. Sebanyak 75 peratus kontak rapat kepada pesakit COVID-19 dikesan positif pada hari pertama dan 25 peratus dikesan positif pada hari ke-13. Oleh yang demikian, adalah wajib setiap individu yang diarahkan kuarantin melakukannya selama 14 hari bagi memutuskan rantaian wabak COVID19 di Malaysia. Arahan pelepasan pengawasan dan pemerhatian pada hari ke-14 akan diberikan sekiranya ujian ulangan kali kedua iaitu pada hari ke-13 adalah negatif.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Gejala yang dialami oleh seseorang individu adalah berbeza. Tiada corak tetap yang boleh menunjukkan bahawa gejala yang dialami pasti disebabkan oleh COVID-19. Menurut WHO, simptom-simptom COVID-19 yang lebih lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Sekiranya anda mengalami gejala di atas, anda haruslah segera berjumpa dengan doktor atau mendapat ujian saringan di hospital/klinik berdekatan untuk kepastian. Anda juga boleh mengklik pautan ini untuk meminta secara langsung ujian saringan COVID-19 atau hubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis ( CPRC ). Selain daripada itu, lakukan kebersihan tangan dengan baik dan pakai topeng muka anda di khalayak ramai.
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
cprc@moh.gov.my
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di ( DoctorOnCall ) secara peribadi. Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini