Anonymous
4 tahun
Selesema : Hidung tersumbat
Saya wanita 20 an mengalami masalah hidung tersumbat sejak umur saya kecil
Dan saya merasa bimbang masalah selema saya tidak dapat dirawat. Apakah tindakan yang perlu saya lakukan ? Ubat2tan juga telah saya ambil secara konsisten tetapi hanya kurang hingus . Hidung saya masih tersumbat walaupun tidak berhingus
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Masalah hidung tersumbat dan kerap selesema dari kecil merupakan salah satu gejala kepada kondisi seperti berikut:
- Sinusitis
- Fibrosis sistik (Cystic Fibrosis)
- Bronkiektasis
- Lemah immuniti
Untuk mengatasi permasalahan ini, punca kepada kekerapan selesama ini perlu diketahui dahulu. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.