qis9008
3 tahun
Selesma dan bersin setiap bangun tdur di waktu pagi
Saya wanita berumur 24 tahun. Saya ingin tahu mengapa kah setiap saya bangun tidue di waktu pagi… Saya selalu mengalami selesma, dan bersin (sneezing) selalu. Ia nya terjadi sejak 1 bulan yang lalu. Pada mula nya saya biar kan. Tetapi menjadi semakin teruk di waktu bangun pagi. Dan ia akan berkurangan apa bila waktu petang ke malam. Apa kah itu resdung? Dan apa yg patut saya lakukan?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, gejala-gejala yang anda alami boleh jadi disebabkan beberapa perkara seperti:
- Allergic rhinitis (resdung)
- Non-allergic rhinitis sepertic drug-induced ataupun exercise induced
- Vasomotor rhinitis - satu pentuk peradangan hidung
- Occupational rhinitis - terkait pekerjaan yang terdedah kepada habuk
- Infection rhinitis - jangkitan lapisan dalam hidung
- Sinusitis (jangkitan rongga tengkorak)
Sebaiknya anda mendapatkan konsultasi doktor untuk dilakukan pemeriksaan lanjutan kerana dikhuatiri terdapat masalah kesihatan lain. Selain itu, sekiranya mahu mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.



































