
rakinuna
5 tahun
Self quarantine - Indonesia
Adakah saya perlu self quarantine setelah kembali dari bandung walaupun kerajaan indonesia tiada lagi mengumumkan kes covid19 di bandung.
Tk

5 tahun
Salam sejahtera
Saya memahami tentang “self quarantine” yang menyebabkan kekeliruan ramai. Memandangkan anda baru pulang dari Bandung,Indonesia, anda harus memantau gejala-gejala COVID19 seperti:
demam (iaitu apabila suhu tubuh melebihi 37,5)
Buat masa ini, anda boleh menilai kategori risiko anda. Kuiz menilai risiko (Nilai Risiko COVID-19). Pada akhir ujian ini, anda akan diberi keputusan. Maka, sila ikut arahan yang dinyatakan.
“Self-quarantine” hanya disarankan kepada seseorang yang mempunyai gejala lebih-lebih lagi kontak rapat pesakit positif atau baru pulang dari negara berisiko tinggi.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM yang tersedia pada link ini (COVID-19 Portal) Anda boleh bercakap terus dengan doktor KKM secara percuma bagi masalah virus ini. perkhidmatan ini ialah percuma.
Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini