
husni_din
5 tahun
Selsema, batuk dan berkahak berlarutan
Anak sy umur 7 tahun. Dia alami selsema, batuk dan berkahak berpanjangan. Ubat dari klinik pakar da abis mkn but still belum recover dan continue lg beli ubat dari farmasi, tp still tak sembuh lg. Adakah sy perlu risau khuatiri anak sy hidap influenza atau penyakit yg lain? Tp anak sy suhu badan normal. Tq

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, keluhan tersebut boleh jadi disebabkan beberapa perkara seperti:
- Allergic rhinitis
- Non-allergic rhinitis sepertic drug-induced ataupun exercise induced
- Vasomotor rhinitis - satu pentuk peradangan hidung
- Occupational rhinitis - terkait pekerjaan yang terdedah kepada habuk
- Infection rhinitis - jangkitan lapisan dalam hidung
- Sinusitis (jangkitan rongga tengkorak) atau juga dikenali sebagai resdung
- Asma
- Jangkitan paru-paru
Sebaiknya anda mendapatkan konsultasi doktor untuk dilakukan pemeriksaan lanjutan terhadap anak anda kerana dikhuatiri terdapat masalah kesihatan lain yang mendasari seperti yang disenarikan diatas
Silakan klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.