
Sulit
2 tahun
Selsema dah 3 hari tekak berkahak
saya lelaki berumur 33 tahun,selsema dh 3hari kemudian tekak terasa berkahak selepas 2hari selsema…nafas sedikit terasa terganggu sbb kahak…apa yg blh saya buat ye Dr?terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Masalah selsema dan berkahak biasanya boleh disebabkan oleh:
Biasanya, selsema dan kahak boleh dilegakan dengan mengambil ubat selsema dan ubat pencair kahak. Terdapat pelbagai jenis ubat yang boleh didapati di farmasi. Anda juga boleh mengambil langkah seperti minum air suam dan mengambil Vitamin C. Bagi mengatasi masalah selsema dan berkahak anda, puncanya haruslah diketahui sebelum rawatan yang sesuai boleh diberikan. Oleh itu anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut bagi mengetahui punca, dan seterusnya mendapatkan rawatan yang sesuai.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami melalui atas talian secara peribadi untuk mendapatkan penyelesaian kepada masalah anda. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.