
Sulit
5 tahun
Selsema dalam tempoh 12hari lepas balik dari bandung
Hi, saya balik dari bandung pd 5/3 dan pda 16/3 sy tetiba mengalami selsema dan suhu badan 36degree celcius. Pada kiraan sy, masih dalam tempoh 12hari, adakah sy perlu melakukan test utk covid?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera.
Terima kasih untuk soalan anda. Untuk makluman anda, Indonesia bukan negara yang berisiko tinggi untuk COVID-19. Demam pula bermaksud suhu badan lebih daripada 37.5 darjah celsius. Selsema boleh disebabkan oleh sakit lain seperti:
- jangkitan virus
- jangkitan bakteria
- alahan (allergic rhinitis)
- radang sinus
Anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.