
Sulit
5 tahun
Selsema dan badan lemah
Saya wanita berusia 27 tahun. Sekarang menetap di Arab Saudi. Saya baru habis pantang. Dan sekarang rasa sakit belakang (mungkin akibat menyusu). Dan saya alami selsema bermula hari ini. Dan badan rasa macam nak demam dan tak larat. Suhu 36.7. Adakah saya perlu pemeriksaan lanjut untuk covid-19 ? Ada apa apa ubat yang boleh saya ambil ? Dan saya tiada contact dengan sesiapa yanng positif.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera.
Terima kasih atas soalan yang diajukan. Saya memahami kebimbangan anda. Menurut WHO, simptom-simptom yang lazim dilapor ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)- Suhu normal ialah 36.5-37.5 darjah celcius
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Berdasarkan simptom yang anda alami, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Selain daripada jangkitan COVID-19, gejala selsema boleh disebabkan oleh masalah kesihatan seperti berikut:
- Jangkitan kuman atau virus lain (influenza)
- Allergic Rhinitis
- Alahan
- Masalah sinus
Untuk masalah selsema biasa, anda boleh mengambil ubat selsema yang boleh didapati di farmasi. Anda harus bertanya sekiranya ubat tersebut sesuai untuk ibu yang menyusu bayi.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini