ayuariq964
2 tahun
Selsema dqn bersin sepanjang hari
Saya wanita berusia 28 tahun dan saya telah menghadapi bersin dan selsema sepanjang hati dan ini telah berlarutan selama 2tahun … Saya tidak demam atau batuk … Tetapi masih selsema dan bersin … Tidak kira tempat dan masa … Saya dah letih … Malu dengan keluarga dan orang sekeliling … Dan bila saya bersin dan selsema ia membuatkan badan saya letih dan tidak bermaya …
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah selsema dan bersin yang berlarutan ini dan kami akan cuba untuk membantu anda dalam perkara ini.
Untuk makluman pihak anda, gejala ini boleh berlaku disebabkan oleh beberapa perkara seperti:
- Alahan
- Allergic rhinitis
- Radang resdung
Namun, gejala ini boleh berlaku disebabkan perkara yang lebih serius yang memerlukan pemerhatian doktor seperti:
- Jangkitan daripada virus ataupun bakteria
Oleh itu, anda digalakkan untuk berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapatkan konsultasi dan bantuan lebih lanjut.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu terima kasih.