Sulit
3 tahun
Selsema gatal badan dan batuk
Saya wanita berumur 26 tahun. Sejak awal januari saya mengalami batuk kahak yang teruk. Sekarang saya masih batuk tetapi hanya pada waktu malam dan waktu pagi. Saya juga mengalami masalah resdung dan hidung kerap meleleh tidak kira waktu. Badan saya juga mengalami kegatalan pada paha dan lengan serta punggung dan belakang badan tetapi tidak kerap.
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, masalah kulit gatal yang anda alami ini boleh disebabkan:
- penyakit alahan dikenali sebagai Urticaria
- Alahan dermatitis kepada bahan pencuci atau kain
- Penyakit kulit seperti ekzema/psoriasis
- Jangkitan kulat
- Kurap
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.