Sulit
2 tahun
Semasa saya datang haid , terdapat beberapa bintik merah pada kemaluan saya . Saya menjadi tidak selesa kerana saya selalu gatal di kawasan tersebut . Apa yang patut saya buat?
Saya wanita berumur 17 tahun . Lima hari yang lepas saya telah mengalami kegatalan pada bahagian celah kemaluan saya . Selepas beberapa hari saya mengalami kegatalan pada kemaluan dan hari ini bila periksa terdapat bintik-bintik merah pada kemaluan saya . Saya menjadi tidak selesa untuk melakukan segala hal dan apabila saya ingin membasuh di kawasan kemaluan saya , saya berasa amat pedih . Apakah yang patut saya lakukan ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Jerawat
- Jangkitan herpes genital - dari virus yang boleh menyebabkan selesema
- Penyakit kulit seperti ekzema/psoriasis
- Penyakit gatal seperti lichen sclerosis/planus
- Alahan dermatitis
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.