
rosesyafiqah95
4 tahun
Sembelit berdarah setelah beberapa hari
Saya wanita 20an mengalami sembelit selepas melahirkan anak pertama secara normal. Akan tetapi setelah beberapa hari membuang saya mendapati najis saya keluar sekali dengan darah. Saya tidak pasti sama ada tempat najis keluar itu berdarah ataupun usus ada masalah. Terima kasih.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejalayang dihadapi. Untuk makluman pihak puan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Buasir
- Komplikasi sembelit
Para wanita hamil sering mengalami buasir semasa trimester ketiga atau setelah melahirkan anak. Sembelit tersebut juga mungkin punca buasir muncul sekarang. Najis yang keras juga boleh menyebabkan geseran pada kulit dubur dan menyebabkan najis berdarah.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.