Sulit
2 tahun
Sembelit dan rasa mual selepas makan
saya remaja berusia 17 tahun. saya sering rasa mual setiap pagi dan tekak saya sangat kering dan masam. Ini menyebabkan saya sentiasa rasa mual selepas makan walaupun makan hanya sedikit. perut saya sentiasa masuk angin walaupun sudah makan dan menganggu rutin harian saya. saya sudah tidak membuang air besar selama seminggu dah sekarang saya mengalami sembelit yang membuatkan perut saya tidak selesa dan mual mual.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih untuk soalan anda.
Saya memahami anda mengalami simptom mual dan ini membimbangkan anda. Untuk makluman anda, rasa mual boleh disebabkan oleh banyak perkara. Oleh kerana maklumat yang anda berikan adalah terlalu ringkas dan kurang jelas, saya akan berikan beberapa punca am yang boleh membawa simptom mual:
- Kesan sampingan beberapa jenis ubat
- Rasa terlalu sakit sehingga mual
- Kehamilan
- Tekanan emosi
- Masalah hempedu
- Keracunan makanan
- Ulser perut
- Terlebih makan melebihi kemampuan
- Reaksi kepada sesetengah bau seperti bau busuk sampah
- Serangan jantung
- Konkusi atau kecederaan otak
- Ketumbuhan otak
- Kanser
- Bulimia atau masalah psikologi yang lain
- Gastroparesis
- Pengambilan toksin atau alkohol secara berlebihan
- Usus tersumbat
- Radang appendiks
Rasa mual mengganggu aktiviti harian anda? Dapatkanlah kelegaan segera.
Sebab-sebab biasa berlakunya sembelit ialah:
- Kurang serat dalam diet.
- Kurang aktiviti fizikal (terutamanya di kalangan warga tua).
- Pengambilan ubat
.* Sindrom gangguan semasa pembuangan air besar (Irritable bowel syndrome). - Perubahan dalam kehidupan yang rutin seperti mengandung.
- Penyalahgunaan julap.
- Menahan untuk membuang air besar.
- Kekurangan air.
- Penyakit atau keadaan tertentu seperti kencing manis.
- Masalah dengan kolon dan rektum.
- Masalah dengan fungsi usus (sembelit kronik yang secara tiba-tiba dan tanpa sebab.
- Diverticulosis
- Jangkitan parasit
- Radang usus (inflammatory bowel disease)
Melihat punca-punca di atas, maklumat tambahan tentang sejarah kesihatan anda perlu diketahui untuk mengenal pasti punca anda berasa mual dan sembelit. Ini boleh menjadi perkara yang membimbangkan ataupun yang akan baik dengan sendirinya. Oleh itu, sekiranya anda mengalami mual dan sembelit berterusan untuk beberapa hari, anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor di klinik untuk penilaian lebih lanjut. Dapatkan penerangan lebih lanjut dan nasihat atau rawatan yang diperlukan di sini. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah mual anda.