Anonymous
6 tahun
Senak bahagian telur
Saya lelaki berusia awal 20an. Saya mengalami senak di bahagian telur. Tak smoke. Tak buat open sex. Takbatuk dll. Smlm saya makan banyak and buang air besar for 4-5times.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Senak dibahagian testikel boleh disebabkan oleh:
- Epidymo-Orkitis
- Kilasan testikel (Testicular torsion)
- Hydro-sil (Hydrocele)
- Kanser testis
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.

































