
Sulit
4 tahun
Senak bahagian tetis kiri
Saya terasa senak dan sakit di bagian testis sebelah kiri selepas/ketika saya melakukan seks dah ade benjolan di bahgian testis saya dah saya pernah mengeluarkannya sendiri hasilnya ade segumpal seperti nanak tapi saya takpasti sama ada nanah atau bukan,tapi mmg sudah byk benjolan itu,dan saya pernah berjumpa doktor sblom ni cerita mengenai ini sehingga hari ini tiada respon dari doktor tersebut mohon penjelasan utk saya merawat sakit ini

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu senak di bahagian testis. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh beberapa perkara, seperti:
- Gangguan organ kelamin
- Tanda-tanda awal gejala angin pasang (baca: hernia)
- Gangguan otot disekitar kelamin
- Teknik senaman yang salah atau melebihi kemampuan tubuh
- Varikosele
- Hydrocoele
- atau gangguan testikel yang lain
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Urologist kami sedia membantu.
Untuk mengetahui punca sebenar dan rawatan yang tepat terhadap masalah yang anda hadapi, maklumat tambahan dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk perkara ini lebih lanjut secara langsung dengan doktor di klinik/hospital berdekatan bagi mendapatkan kesimpulan yang lebih sempurna. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih