Sulit
5 tahun
Senak dan sakit pada buah zakar kiri selepas melakukan mastubasi dan membersihkan zakar secara kasar dan tidak sengaja
Saya remaja berumur hampir 18 tahun, saya mempunyai simptom sakit dan senak pada buah zakar sebelah kiri selepas melakukan masturbasi. Hal ini terjadi hanya pada sesetengah waktu . Simptom yg saya alami ini tidak la terlalu sakit tetapi agak kurang menyelesakan pada saya. Simptom ini berlaku sejak 2 hari lepas. Apakah yang mungkin terjadi dan apakah yg perlu saya lakukan? . Terima kasih doktor , salam hormat dan sejahtera saya ucapkan.
5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah ini boleh disebabkan oleh:
- varicocle (saluran darah vena bengkak)
- testicular torsion (saluran di buah zakar terbelit)
- epididymitis (jangkitan kuman pada buah zakar)
Bagi gejala kanser testikal pula ia termasuk:
- Terasa berat dalam testis, kadang kala sakit
- Ada ketulan di testis
- Rasa tekanan pada testis
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.


































