
Sulit
4 tahun
Senak di bahagian testis
Saya lelaki 20an dan senak pada bahagian kedua dua testis apabila saya mula bersukan(jogging) walhal sebelum ni tak pernah berlaku, berat saya 85kg, tinggi 170cm dan saya kategori obesiti dan tambahan saya kerap sendawa dan kerap buang angin selepas sukan, dah 3 minggu ia terjadi. Tapi kalau saya tak bersukan, saya okay, tiada masalah seperti di atas. Seminggu 6 kali jogging waktu petang dan hari ketujuh rest day. Belum berjumpa dengan mana2 doktor lagi setakat ni.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Maaf, kerana penerangan yang anda berikan masih memerlukan beberapa informasi tambahan bagi mempermudahkan kami untuk mengambarkan hal atau keluhan yang sebenar. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan dengan doktor kami diatas talian.
Jaga kesihatan anda dengan pemakanan yang betul !
Disamping itu, memandangkan keluhan yang anda berikan mempunyai sejarah yang agak kronik, saya menyarankan anda untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan yang lebih komprehensif dari hospital atau hospital pakar yang berdekatan. Hal ini adalah untuk memastikan anda mendapat rawatan secara langsung dengan doktor pakar yang lebih arif dalam bidang-bidang yang terkait.
Lazimnya kondisi anda boleh dikaitkan dengan:
- Gangguan organ kelamin
- Tanda-tanda awal gejala angin pasang (baca: hernia)
- Gangguan otot disekitar kelamin
- Teknik senaman yang salah atau melebihi kemampuan tubuh
- Varikosele
- Hydrocoele
- atau gangguan testikel yang lain
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Urologist kami sedia membantu.
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.