wanahmad200
4 tahun
Senaman kegel dapat merawat ejakulasi pramatang
Adakah senaman kegel dapat mengawal ejakulasi pramatang atau pancutan awal
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, senaman Kegel biasanya amat bermanfaat apabila:
- Mempunyai masalah kencing tak lawas
- Mempunyai masalah mengkontrol air kencing
Apabila telah rutin melakukan senaman Kegel, anda akan melihat perubahan dan perbaikan kepada masalah diatas. Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.