
Sulit
5 tahun
Senaman kegel untuk pc muscle
Salam sejahtera. Saya lelaki berumur 20-an. Saya telah mengamalkan senaman kegel selama lebih sebulan dan tidak beronani sudah lebih 2 minggu. Soalan saya, bagaimana cara untuk saya mengetahui bahawa pc muscle saya sudah kuat apabila sudah melakukan senaman kegel? Dan bagaimana cara ingin mengetahui bahawa alat sulit saya sihat?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, senaman Kegel biasanya amat bermanfaat apabila:
- Mempunyai masalah kencing tak lawas
- Mempunyai masalah mengkontrol air kencing
Apabila telah rutin melakukan senaman Kegel, anda akan melihat perubahan dan perbaikan kepada masalah diatas. Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.