Sulit
3 tahun
Sendi jejari mengeras
Saya wanita berusia 26 tahun. Merupakan pesakit skizoafektif sejak 2016. Preskripsi saya adalah Seroquel 700mg, Epilim 100mg, Sertraline 800mg dan Artane 10mg setiap hari. Saya ambil Artane 2 biji pagi dan tiga biji malam kerana tangan agak shaking. Tapi sekarang sendi jejari saya selalu rasa agak tegang dan keras untuk dibengkokkan. Adakah ianya disebabkan dos Artane yang berlebihan? Boleh ke saya menurunkan sendiri dos kepada 1 biji pagi dan 2 biji malam sebab appointment dengan psy lambat lagi.
Terima kasih.
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, kesan sampingan yang berlaku disebabkan pengambilan ubat Artane adalah seperti berikut:
- keresahan
- mulut kering
- loya atau muntah
- sakit perut
- berdebar-debar
- pening
Namun begitu, ubat lain seperti Seroquel, Epilime dan Sertaline juga ada kesan sampingan masing-masing. Berkenaan dengan menurunkan dose dengan sendirinya, perkara ini tidak digalakkan untuk dilakukan. Kami menasihati anda gar berjumpa dengan pakar psikiatri atau pergi ke mana-mana thospital walaupun belum tiba waktu temu janji untuk membincangkan tentang isu ini. Hal ini kerana, mengurangkan dose dengan sendiri akan menyebabkan komplikasi lain yang mungkin memudaratkan.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.