
Sulit
4 tahun
Senggugut/kekotoran air kencing
Salam doctor…haii…saya ynna berumur 32 tahun…dan telah berkahwin…tiba2 dari kelmarin saya mengalami sakit behagian rahim yang sangat sakit…biasa nya saya selalu sakit bila datang haid…tapi ni tidak…belum lagi datang haid dah sakit…pendek kata,nak kencing pun sakit,nak berak pun sakit,nak duduk pun sakit… apalagi dibawa berjalan lagi sakit…adakah itu petanda sakit senggugut ataupun masalah lain??

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang sakit di bahagian rahim.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, saya tidak boleh mengatakan ianya sakit senggugut ataupun tidak. Pemeriksaan fizikal perlu dilakukan terlebih dahulu. Sakit sebegini boleh disebabkan oleh:
- Senggugut
- Endometriosis
- Keradangan pelvik
- Jangkitan kuman pada rahim
- Jangkitan kuman pada saluran kencing
- Jangkitan kuman pada usus
- Kandungan luar rahim
Untuk mengetahui kondisi sebenar yang anda alami, sila berjumpa dengan doktor di klinik atau hospital bagi mendapatkan pemeriksaan dan rawatan lanjut.
Anda masih risau tentang sakit senggugut? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.