
yayagani91
5 tahun
Sengugut tapi tak keluar darah haid
Saya wanita berumur lewat 20an. Saya ada soalan nk bertanya dgn doktor, saya sudah 3 hari period lewat, dan period sy mmg tidak teratur. Tp period kali ni, sy rasa senggugut , perut rasa senak & kembung, tapi takde darah pun keluar. Sy ada buat UPT, dan hasilnya negatif.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala haid lewat beserta rasa sakit senggugut yang anda alami boleh disebabkan:
- Endometriosis - ketumbuhan sel endometrium di organ lain
- Fibroid dalam rahim
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Kehamilan - dalam atau luar rahim. Ianya memerlukan sekurang-kurangnya 1-2 minggu sebelum ujian UPT bertukar menjadi positif
- Masalah polycystic ovarian syndrome
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.