
Sulit
4 tahun
Sentiasa berasa ingin muntah
Assalamualaikum doc , saya seorang remaja perempuan berumur 17 tahun . Saya sering tiada selera untuk makan kerana saya akan berasa loya . Badan saya semakin hari semakin kurus dan itu amat membimbangkan saya . Selera makan saya makin hari makin tiada. Terkadang saya ada berasa sakit di bahagian perut . Sakit yang tidak menentu . Kadang ia terasa menyengat di bahagian kiri , terkadang di bahagian kanan . Dan ada juga terasa dia bahagian bawah pusat . Tapi semua itu hanya jarang berlaku . Haid saya juga kebiasaannya datang 13/14 hari . Benda tu macam normal . Ada apa apa yang patut saya lakukan untuk menambah selera makan saya ? Saya khuatir ada penyakit yang tidak diketahui . Pernah pergi check di klinik dengan mengatakan saya sering berasa muntah , doc hanya mengambil ujian air kencing dan hanya gastrik . Jadi pendapat doc adakah saya patut pergi check sekali lagi atau bagaimana ?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, terdapat pelbagai kemungkinan yang boleh menyebabkan anda rasa ingin muntah atau loya seperti:
- Kesan sampingan beberapa jenis ubat-Ini termasuk ubat kemoterapi
- Rasa terlalu sakit sehingga mual
- Tekanan emosi
- Masalah hempedu
- Keracunan makanan
- Ulser perut
- Terlebih makan melebihi kemampuan
- Reaksi kepada sesetengah bau seperti bau busuk sampah
- Serangan jantung
- Konkusi atau kecederaan otak
- Ketumbuhan otak
- Kanser
- Bulimia atau masalah psikologi yang lain
- Gastroparesis
- Pengambilan toksin atau alkohol secara berlebihan
- Usus tersumbat
- Radang appendiks
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.