
Sulit
4 tahun
Sentiasa pening dan masalah di bahagian mata
saya berumur 19 tahun § .
saya berasa pening2 dan hampir jatuh setiap kali bangun dari tempat duduk atau baring. selain itu, ada kala mata kanan saya seperti ‘glitch’ , seperti tak nampak apa2.macam buta sebelah kejap. saya alami perkara ini sejak berumur 17 tahun.adakah perkara ini normal? kerana saya sentiasa tidur lewat dalam pukul 3-4am kerana sukar tidur dan kelas pada 8am

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Kami memahami kebimbangan anda mengenai gejala kepeningan dan ketidakseimbangan yang berlaku serta disampingi dengan gejala buta yang mengejut sejak berumur 17 tahun. Untuk makluman anda, simptom-simptom tersebut mungkin berkait antara satu sama lain ataupun tidak. Namun, terdapat beberapa perkara yang boleh dikaitkan dengan masalah ini iaitu:
- Tekanan darah tinggi
- Pendarahan pada saraf mata
- Penyekatan salur darah pada saraf mata
- Gejala migrain
- Masalah penyakit retina mata seperti salur darah tersekat
- Keradangan yang berlaku pada saraf mata atau otak yang boleh disebabkan oleh jangkitan kuman
- Serangan Epilepsy pada bahagian belakang otak.
- Amaurosis fugax, iaitu masalah aliran darah ke mata.
- Serangan strok sementara.
Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Oleh itu, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor anda yang berdekatan bagi mengetahui punca masalah yang anda alami serta mendapatkan rawatan yang sewajarnya. Kemungkinan masalah anda ini boleh disebabkan oleh kecederaan yang pernah berlaku pada bahagian kepala atau mata. Namun, kepeningan dan masalah penglihatan adalah perkara yang sangat subjektif dan perlu dikaji lanjut mengenai sejarah kesihatan anda.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala.