
Sulit
4 tahun
Sepertinya haid saya tidak normal sebelum ini
Hi, Doktor.Saya ingin memberitahu masalah saya. Saya berumur 15 tahun dan masih lagi bersekolah. Okay, di sini, Haid saya sepertinya tidak teratur dan ia membuatkan saya menjadi kurang selesa serta, rimas. Haid saya ni sepertinya tidak normal seperti dulu. Pada waktu sebelum-sebelum ini, okey sahaja. Selang beberapa bulan , selepas sahaja bulan 9 hari itu, haid saya mula tidak menentu.
Saya mula datang haid dua bulan dan ketika saya datang haid pada satu bulan itu, haid saya mula tidak menentu. Contohnya, seminggu itu saya sudah datang haid apabila selepas sahaja seminggu untuk ke seminggu lagi satu, saya mula datang haid lagi sekali. Ini membuatkan saya risau dengan diri saya. Tolong saya, Doktor. Saya takut jika saya ada kanser.
Jadi, apakah kesan atau faktor ye Doktor yang berlaku pada haid saya ini?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu haid yang tidak teratur. Untuk makluman anda, masalah tersebut boleh berpunca daripada beberapa penjelasan. Antaranya ialah:
- Gangguan stress
- Hormon yang tidak stabil (kerana ubat-ubatan atau gangguan penyakit)
- Penyusutan atau peningkatan berat badan yang mendadak
- Penggunaan ubat tertentu
- Senaman yang tidak mematuhi garis panduan
- Masalah perubatan - sindrom ovary polycystic (PCOS) atau masalah tiroid
- Penebalan atau polip pada lapisan rahim dan fibroid rahim
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa
Namun begitu, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat dan pemeriksaan lanjut adalah diperlukan. Oleh itu, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!