
Sulit
3 tahun
Septated ovarian cyst
Hai doc, saya perempuan berumur 31tahun. Saya telah ke klinik untuk membuat ultrasound, kerana period berpanjangan. Saya mangambil vaksin dose 2 pada 12/8, sepatut nya saya period pada 23hb/8 tapi period sy tak datang dan pada 30hb/8 sy mengalami spott sehingga 5hb 9, dan 6hb 9, sy period sehingga skrg 15/9 cuma berkurangan pendarahan pd hari ni. Sy telah membuat ultrasound dan doc mendapati terdapat septated ovarian cyst pada ovary kiri saya dan refer ke o&g… soalan saya apakah yg dimaksudkan dgn septated ovarian cyst? Adakah bahaya? Adakah doc boleh suggest supplement untuk septated ovarian cyst dan juga supplement utk pcos? Tq doc…

3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan penerangan anda, kami memahami keputusan ultrasound anda menunjukkan 'septate ovarian cyst) dan anda ingin mengetahui apakah itu. Anda juga ingin mengetahui supplemen yang sesuai untuk pcos dan ovarian cyst. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, sista ovari (ovarian cyst) bermaksud ketumbuhan pada ovari yang mengandungi cecair. Cecair ini boleh mengandungi lendir atau darah. Sista ini boleh mempunyai pembahagian yang dipanggil septate. Ia adalah sejenis sista ovari. Sista ovari ini biasanya tidak akan dikeluarkan jika saiznya kecil dan tidak menunjukkan sebarang simptom. Namun, sista ovari yang membesar boleh memberikan komplikasi seperti pendarahan ataupun ‘torsion’ yang boleh menyebabkan kesakitan. Oleh itu, sista tersebut akan dikeluarkan.
Mengenai supplemen untuk PCOS dan ovarian cyst, sebaiknya anda merujuk kepada doktor supaya anda dapat dinasihatkan mengenai supplemen yang bersesuaian dengan anda. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan