
Sulit
4 tahun
Sering berpeluh tangan
Suami saya berusia 23 tahun…dia sering merasa pelik tangannya selalu berpeluh…apakah faktor yang menyebabkan tersebut…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala tangan kuat berpeluh ini boleh disebabkan beberapa faktor seperti:
- Faktor keturunan
- Tekanan fizikal/emosi
- Faktor hormon seperti penyakit hipertiroid, penyakit Cushing
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan suami anda, suami anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Suami anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.