
Sulit
4 tahun
Sering mengalami Sukar bernafas
Saya lelaki berumur 25 tahun. Tidak merokok. Saya kerap mengalami kesukaran bernafas seperti tercungap-cungap dan kaki serta tangan berasa sejuk walaupun sekeliling tak sejuk. Bila terjadi keadaan tu saya cepat rasa panik dan sering memikirkan tempat terdekat untuk dapatkan rawatan. Setiap kali buat pemeriksaan ecg normal. Dan tiada diagnosis lain. Keadaan ni selalunya berlarutan dalam 10 - 15 minit

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu nafas tercungap-cungap atau kesukaran bernafas. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- Alahan -terutama jika kerap berlaku setelah memakan makanan tertentu. Digalakkan untuk mengelak pengambilan makanan yang dikenalpasti.
- Anemia - kurang darah merah
- Penyakit Asma
- COPD: Masalah paru-paru sempit
- Penyakit tibi
- Penyakit jantung koronari
- anxiety
Namun begitu, ini hanyalah keterangan am tentang masalah ini. Sebaiknya, anda perlu berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Kerana isu sesak nafas adalah isu yang serius. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.