
Sulit
4 tahun
Sering rasa mual dan loya
selamat malam maaf mengganggu saya perempuan berusia 23 tahun belum berkahwin nak tanya kenapa saya sering rasa mual dan loya tanpa sebab dan kadang2 lepas makan pun rasa loya lagi.
perut dan tekak rasa tidak selesa.
terima kasih doktor😊

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Kesan sampingan ubat ubatan
- kehamilan
- migraine
- vertigo yang boleh disebabkan jangkitan telinga, BPPV
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.