Sulit
3 tahun
Sering sakit kemaluan..senak batu
Saya lelaki umur 20…anak 3 …bleh doktor bagi nasihat
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi berdasarkan maklumat terhad yang anda berikan. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang perkara ini. Namun begitu, kami memerlukan maklumat lanjut daripada anda supaya punca sebenar masalah anda dapat dikenalpasti. Bagaimanapun, untuk makluman anda, kesakitan pada kemaluan lelaki dapat berpunca daripada beberapa perkara, antaranya ialah:
- Jerawat
- Fordyce spots
- Papules pada zakar
- Hernia
- Penyakit kelamin- masalah ini memerlukan rawatan lanjut dan tidak boleh dibiarkan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.
Hilangkan kegusaran berkenaan penjagaan alat kelamin dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah