
Anonymous
5 tahun
Sering sakit kepala,bersin,dan sakit kepala
saya lelaki berumur 32 tahun,mengalami gajala kerap bersin pada setiap pagi selapas bangun sehingga mengeluarkan lendir dari hidung.akibat daripada itu,saya sering marasa gatal2 muka,sakit kepala,sakit mata.ini sudah berlaku selama 2tahun.ada ka saya mengalami penyakit resdong dan,apakah yang perlu saya buat…?tq…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Banyak punca kepada permasalahan anda. Resdung adalah salah satu daripada punca tersebut.
Sinusitis atau resdung ialah jangkitan sinus disebabkan oleh bakteria. Sinus ialah rongga-rongga di muka yang berisi udara. Ia terdapat pada permukaan atas dan bawah mata dan juga di belakang hidung.
Dalam sinusitis, rongga-rongga ini dipenuhi dengan mukus. Keradangan disebabkan oleh jangkitan menyebabkan sinus menjadi sakit dengan tekanan. Ini menyebabkan peningkatan tekanan pada kepala. Antara simptom-simptom lain untuk sinusitis ialah:
• Hidung berair. Discaj hidung boleh didapati dalam warna hijau atau kuning.
• Sakit tekak. Disebabkan oleh discaj di hidung, ia boleh melalui bahagian tekak menyebabkan rasa gatal dan tidak selesa pada tekak.
• Kesukaran bernafas. Ini disebabkan oleh hidung yang tersumbat.
• Sakit kepala. Tekanan yang tinggi di dalam sinus akan memberikan sakit kepala.
Anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor bagi memastikan diagnosis and rawatan yang betul. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian dan berbincang lanjut tentang sebarang persoalan berbangkit. Terima kasih.