Sulit
3 tahun
Sering sakit pada bahagian perut pinggang pundi dan kedua tempat pembuangan najis yang akan membuatkan ketidakselesaaan
saya pelajar sekolah menengah yang baru berusia 17 tahun. saya sering mengalami senggugut yang teruk hingga tidak mampu untuk duduk dalam tempoh yang lama. namun begitu, saya sering mengalamani sakit yang sama seperti senggugut pada waktu subur datang. saya juga sering berasa sakit pada bahagian perut dan tempat tempat pembuangan nyahtinja seperti pundi kencing dan lubang pembuangan najis. saya tidak berani untuk ke klinik kerana tidak tahu bagaimana untuk memberitahu doktor sendiri. mohon pencerahan dari doctor kerana saya sering sakit setiap bulan dan pada bulan ini hampir setiap minggu saya mengalaminya. ini membuatkan saya tidak selesa dan sakit hingga tidak dapat bergerak dan perlu mengambil masa yang lama untuk pulih.
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, sakit di bahagian yang anda nyatakan boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Akibat bahan kimia prostaglandin yang dibuat di dalam lapisan rahim. Keadaan ini adalah dianggap fisiologis dan hanya perlu diubati dengan ubat tahan sakit.
- Jangkitan pada saluran kencing dan buah pinggang yang boleh menyebabkan kepedihan sewaktu kencing.
- Endometriosis - Dalam keadaan ini, tisu dari lapisan rahim didapati di luar rahim, seperti pada ovari dan tiub fallopian, di belakang rahim, dan pada pundi kencing. Tisu ini akan berkelakuan seperti tisu rahim dan melekat-lekat sehingga menyebabkan rasa sakit.
- Adenomyosis-Tisu yang biasanya melekat pada rahim mula tumbuh di dinding otot rahim.
- Fibroid-Fibroid adalah pertumbuhan yang terbentuk di luar, di bahagian dalam, atau di dinding rahim. Fibroid yang terletak di dinding rahim boleh menyebabkan kesakitan.
Seandainya sakit yang dirasakan adalah berlebihan sehingga boleh menyebabkan rutin harian dan pekerjaan anda terganggu, maka adalah amat digalakkan untuk anda mendapatkan perawatan lanjut.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.