
Sulit
2 tahun
Serpihan darah dalam rahim selepas gugur
Saya baru keguguran seminggu yang lalu… Pendarahan agak teruk selama 2-3 hari… Sekarang darah sudah berhenti tetapi selepas scan, doktor bagitahu yang ada lagi serpihan didalam rahim… Adakah cara atau ubat untuk keluarkan darah yang sedikit itu tanpa D&C or ERPOC?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Untuk makluman anda, tiada cara lain selain yang telah diberitahu oleh doktor anda. Itu antara cara yang terbaik dan selamat. Jika anda tidak jalani prosedur tersebut, anda berisiko untuk mendapat komplikasi seperti pendarahan yang serius, jangkitan kuman dalam rahim atau dalam darah, dan sebagainya.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.