
Sulit
4 tahun
Serumah dengan pesakit HIV
Sedia adanya kita tahu bahawa HIV merebak melalui darah, cecair seks dan susu.
Kerisauan saya, bagaimana kalau kuku pesakit HIV agak panjang dan terkena kulit orang yg sihat, dan mengakibatkan sedikit kesan calar. Adakah ianya berbahaya utk orang yg sihat tersebut?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham kerisauan anda mengenai hal ini. Berdasarkan kenyataan anda, HIV tidak akan merebak melalui:
- Sentuhan
- Ciuman (kecuali terdapat ulser di dalam mulut yang meningkatkan risiko jangkitan)
- Berkongsi bilik air
- Batuk dan bersin
- Gigitan serangga
Mengenai situasi anda, cakaran tersebut tidak akan mendedahkan anda atau menyebabkan jangkitan HIV.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai persoalan anda. Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.