
Sulit
5 tahun
Sesak dan sakit tekak
Assalam doktor. Pada bulan 2 tempoh hari … selepas saya makan yogurt bahagian tekak saya mula rasa tak selesa terutamanya bahagian larinks. Rasanya seperti kembang dan x selesa. Tapi leher saya tak bengkak . Saya makan pun oky je. X sakit. Disebabkan ini saya rasa sesak nafas. Sampai tengkuk belakang saya sakit. Dada saya juga mcm rasa banyak kahak dan dada seperti ditolak ke dalam. Kebetulan saya juga mempunyai gastrik. Adakah ianya berkaitan? Sehingga sekarang saya masih mengalaminya.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah sakit tekak berlarutan boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Alahan
- Postnasal drip
- Anda bernafas melalui mulut semasa tidur
- Refluks asid dari perut
- Radang tonsil
- Mononucleosis
- Gonorrhea
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.