Sulit
3 tahun
Sesak dan sukar bernafas selama hampir 2 minggu
saya lelaki,48 tahun. Masalah kesihatan adalah sukar bernafas ,sesak nafas dan cepat merasa penat. Hidung terasa berhingus/mukus tetapi seperti berada jauh didalam rongga hidung. Telah mengambil ubat selsama dan pecah kahak dari klinik Kerajaan sudah selama 2 minggu tetapi masih tidak berkurang atau hilang.Pernah alami sakit sakit badan pada mulanya tetapi tidak mengalami demam.Terasa badan sangat sangat tidak selesa dan seperti semakin bertambah sukar untuk bernafas. Apa perlu saya lakukan untuk rawatan masalah saya ini
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah sesak nafas ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Anemia - kurang darah merah
- Penyakit Asma
- COPD: Masalah paru-paru sempit
- Penyakit tibi
- Alahan
- Penyakit jantung koronari
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui rawatan yang sesuai, punca masalah yang anda hadapi haruslah diketahui terlebih dahulu. Untuk itu, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.