
Sulit
4 tahun
Sesak nafas, adakah darah rendah atau masalah main?
saya remaja berumur 17 tahun dan saya mengalami susah untuk brnafas dlm be berapa bulan ini sejak September 21 saya mengalami kesusahan untuk brnafas, pada saat itu saya sedang menjalankan kuarantin pada hari ke lima Dan saya tidur pada petang itu Dan bangun dalam keadaan tidak cukup nafas. saya tidak pasti adakah ini disebabkan saya terlalu takut dengan covid19 atau bukan kerana smua org sekeliling saya mengetahui bhw saya sngt takut dngn pyakit ini. tetapi semasa saya mengetahui bwh saya negatif covid19 saya masih mengalami kesusahan brnafas tersebut. kesusahan brnafas itu datang setiap hari Dan pada bulan 12 kesusahan brnafas itu berhenti. Dan ianya hanya brlangsung slama beberapa mnggu kerana setelah beberapa mnggu slps itu saya mulai mengalami kesusahan brnafas itu kembali. saya ada membela kucing di rumah dan bulunya selalu shj jatuh. adakah ini disebabkan bulu kucing telah masuk dlm peparu sya? Dan dalam beberapa mnggu ini saya sering bangun dari duduk Dan mengalami pusing di kepala Dan Ingin pitam. apakah masalah yg ada pd saya sbenrnya doktor?, mohon jwpn.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah sesak nafas yang anda alami. Untuk makluman anda, masalah ini dapat berpunca daripada pelbagai perkara, antaranya ialah:
- tekanan darah rendah
- gula yang rendah dalam darah
- sel darah merah rendah dalam darah
- Dehidrasi
- Pengambilan nikotin, kafein serta alkohol
- Masalah emosi- Stress, depresi, kebingungan yang melampau
- Alahan terhadap makanan, bulu haiwan
Hidung tersumbat dan sukar bernafas? Dapatkan kelegaan segera.
Sila berjumpa dengan doktor di klinik atau hospital yang terdekat sekiranya terdapat gejala seperti yang berikut:
- Muntah atau pitam
- Berpeluh yang tidak terhenti
- Gejala bertambah berat
- Gejala yang anda alami berterusan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, jika masalah sesak nafas ini berlarutan sehingga mengganggu aktiviti harian anda, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.