Sulit
4 tahun
Sesak nafas bila baring n pakai earphone sambil baring
Saya lelaki dalam lingkungan 20an… saya ade masalah sesak nafas bila baring n bila berjalan di tmpt ramai orang…selalu saya baring pakai earphone dalam beberapa minit saya terasa xselesa nak bernafas.jujur saya memang kurang bersenam. Adakah jantung saya bermasalah?ia buatkan saya berasa takut. Nasihat doc untok saya…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah sesak nafas yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, maklumat lanjut serta pemeriksaan lanjut diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Namun begitu, secara umumnya masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Anemia - kurang darah merah
Penyakit Asma
COPD: Masalah paru-paru sempit
Alahan
Penyakit jantung koronari
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Nasihat saya, sekiranya masalah ini sangat memberi kesan kepada aktiviti harian anda, anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.