Sulit
4 tahun
Sesak nafas bila baring
Assalamualaikum Sya mira berusia 21 tahun saya menghadapi sesak nafas bila baring waktu malam saja sbb waktu rehat sehingga susah untuk tidur …bila sesak nafas susah nak tarik nafas seperti biasa …ada effect saya lepas bersalin atau ada penyakit lain …mohon pencerahan…
Dan sekira nya saya mahu untuk suntikan vaksin ada Ka patut saya lakukan pemeriksaan kesihatan terlebih dahulu?..
4 tahun
Salam Sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami anda mengalami gejala kesesakan nafas semasa baring. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa punca yang boleh mengakibatkan gejala anda. Antaranya:
- Anemia - kurang darah merah
- Hipoventilasi akibat obesiti
- Penyakit asma
- COPD: Masalah paru-paru sempit
- Penyakit TB
- Alahan
- Penyakit jantung koronari
- Anxiety
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum rawatan dapat diberikan. Anda juga boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama kami untuk mendapatkan maklumat yang lanjut mengenai masalah anda.
Kami berharap jawapan kami dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.




































