Sulit
5 tahun
Sesak nafas dan belakang tiba-tiba rasa sakit
Salam doc, saya wanita berumur 24th, almost 2 week saya rasa sesak nafas, nafas dia rasa macam tak sampai mcm tu and a couple days ago belakang saya mula sakit. Saya tak ada flu, batuk and deman apa semua. I’m always check my temperature the result is normal. What should I’m do doc?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Anemia - kurang darah merah
Penyakit Asma
COPD: Masalah paru-paru sempit
Alahan
Penyakit jantung koronari
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan terperinci adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. lebih-lebih lagi jika masalah ini menggangu aktiviti harian anda.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.




































