Sulit
5 tahun
Sesak nafas dan hidung sumbat
salam doctor ,sejak kebelakangan ini saya mengalami sesak nafas dan hidung sumbat .5 hari yang lepas saya telah datang ke hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan . doctor bertugas memeriksa jantung dan memberikan bantuan pernafasan(pump).doctor mengesahkan saya mengalami gastric acid/ gerd .saya telah diberikan ubat magnesium trisilicate dan pantroprazole 40mg .namun selepas beberapa hari makan ubat,saya masih mengalami simptom sesak nafas terutama hidung sumbat ketika baring .pernafasan sedikit pendek dan sedikit sakit d bahagian dada .selain itu saya juga mengalami sakit kepala .adakah ini merupakan simptom yang biasa bagi mereka yang mempunyai gerd?berapa lamakah masa yang d perlukan untuk pulih terutama bahagian pernafasan? untuk pengetahuan doctor ,saya tidak diberikan saringan covid-19 kerana tidak mempunyai sejarah travel ke luar negara dan tidak mempunyai kontak dengan positif .adakah hidung sumbat dengan sesak nafas berpanjangan merupakan simptom covid-19?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Menurut WHO, simptom-simptom COVID-19 yang lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Anda perlu khuatir jika anda baru pulang dari negara yang terjejas teruk dengan wabak COVID-19 atau anda mempunyai kontak rapat dengan mereka yang sah dijangkiti COVID-19. Oleh itu, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































