aishaheishaa
6 tahun
Sesak nafas dan pitam
Hi Salam sejahtera, saya wanita berusia 20 tahun. Saya sering mengalami pitam secara tiba tiba dan sesak nafas. Apabila perkara tersebut berlaku, muka saya akan berpeluh dgn banyak sekali. Sebelum terjadi nya pitam dan sesak nafas tersebut, saya akan mengalami beberapa tanda seperti menguap beberapa kali tetapi berada tidak puas. Saya perlu mengambil masa 30-40 minit utk kembali normal. kadangkala kejadian ini berlaku lebih dr sekali sehari. lebih buruk jika saya tidak mengambil nasi dlm menu seharian saya.
Boleh dokter bg tahu apa sebenarnya yg saya alami?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, gejala-gejala yang anda alami terutamanya sesak nafas boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Anemia - kurang darah merah
- Penyakit asma
- COPD: Masalah paru-paru sempit
- Penyakit TB
- Alahan
- Penyakit jantung koronari
Memandangkan sesak nafas boleh jadi risiko untuk sesuatu keadaan yang merbahaya, maka digalakkan untuk anda segera berubat. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.




































