Sulit
5 tahun
Sesak nafas dan sakit perut
saya mengalami sesak nafas selepas makan sudah lebih sebulan lebih.haritu ada jumpa doktor di klinik dan katanya gerd.saya diberi bbrp ubat untuk mengawal masalah yg ada dan ubat tersebut tidak berfungsi sama sekali.kini,simptom menjadi lebih teruk krn setelah makan, saya bukan sahaja akan mengalami sesak nafas,malah badan saya akan terasa lemah yang teramat sangat.dalam tempoh ini juga,perut saya juga sakit dan tempat kesakitan itu tidak menentu.kdg diatas,di tgh, dan dibwh.hari ini,saya mengalami simptom tambahan iaitu sakit tekak,dan terasa seperti ada makanan yang tersangkut di kerongkong. boleh tolong saya.benda ni mengganggu kehidupan saya.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang sesak nafas selepas makan.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, memang benar kondisi sebegini biasanya disebabkan oleh penyakit refluks atau GERD. Oleh sebab itu doktor tersebut memeberi preksripsi ubatan sebegitu. Namun begitu, antara sebab lain kondisi sebegini adalah:
- Masalah jantung
- Penyakit paru paru seperti COPD
- Alergik kepada makanan
- Hernia diafragma
Saya menasihatkan anda untuk ke,bali ke klinik bagi mendapatkan pemeriksaan lanjut. Kondisi sebegini memerlukan beberapa pemeriksaan klinikal bagi mengetahui punca sebenar.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.




































