Sulit
3 tahun
Sesak nafas dan sedikit batuk
Hai dokter . Saya seorang inu berusia 26 tahun . Saya mengalami sesak nafas atau nafas pendek sejak hampir seminggu . Juga mengalami sedikit batuk . Batuk tidak teruk .ia akan terasa hendak batuk apabila menarik nafas . Terasa kedada yg membuat rasa hendak batuk . Saya tidak mengalami demam atau pun selsema .untuk makluman dokter . Pada 17/3 saya telah pergike singapura atas urusan pernit kerja . Ia hanya sekejap sahaja . Dimana saya bergerak tghari dan pulang pada sebelah petang . Pada pendapat dokter apa yg sedang saya alami sekarang ini
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah sesak nafas ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Anemia - kurang darah merah
- Penyakit Asma
- COPD: Masalah paru-paru sempit
- Penyakit tibi
- Alahan
- Penyakit jantung koronari
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Saya tidak daapt mengulas lanjut tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.




































