
Anonymous
6 tahun
Sesak nafas dan sering rasa pitam
Saya lelaki berumur 23th, Saya sering berasa sesak nafas seperti penafasan sempit, penat ( sedangkan saya dalam keadaan duduk sahaja), berasa sakit kepala sehingga ke bahagian tengkuk belakang, Badan panas dan badan berasa lenguh… pernah juga beberapa kali sering berasa pitam dan pengsan… Semua masalah ni sering terjadi seminggu lalu… dan tidak dapatkan lagi mana mana nasihat dari doktor. Terima Kasih

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Sesak nafas berlaku apabila saluran pernafasan menyempit akibat bengkak, mengecut atau tersumbat. Ia juga terjadi sebagai respons kekurangan oksigen. Terdapat pelbagai punca sesak nafas antaranya adalah:
- Jangkitan paru-paru atau saluran pernafasan menyebabkan salur pernafasan bengkak dan paru-paru tidak dapat mengembang dengan baik sekaligusmengurangkan kadar oksigen yang masuk ke paru-paru.
- Masalah jantung boleh menyebabkan sesak nafas
- Asma adalah penyakit yang disebabkan oleh alergi terhadap bahan pencetus asma. Pesakit asma mengalami masalah pembengkakan saluran pernafasan akibat terdedah kepada bahan alergi.
- Kurang darah merah menyebabkan seseorang sesak nafas kerana sel darah merah membawa oksigen ke seluruh tubuh. Apabila kurangnya sel ini, paru-paru perlu bekerja lebih keras bagi memastikan bekalan oksigen mencukupi.
Simptom-simptom yang anda terangkan seperti sakit kepala, lenguh, pitam dan pengsan boleh disebabkan oleh kekurangan oksigen. Hal ini kerana kesemua sel tubuh memerlukan oksigen untuk hidup. Kekurangan oksigen terutamanya pada otak boleh menyebabkan simptom-simptom sedemikian.
Bagi mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan merawatnya, sila klik link di bawah untuk bercakap dengan doktor yang bertauliah. http://bit.do/eBS3j
Terima kasih. Harap membantu.