
Sulit
4 tahun
Sesak nafas dan tekak rasa berkahak
saya ibu y masih menyusukan anak, jika saya bergejala .bagaimana dengan anak saya,masihkah dapat menyusukannya?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi iaitu sesak nafas dan tekak rasa berkahak. Anda risau jika anda perlu berhenti menyusukan anak
Akan tetapi, untuk makluman pihak anda, masalah sesak nafas dimana individu mengalami kesukaran untuk bernafas, boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Anemia - kurang darah merah
- Penyakit Asma
- COPD: Masalah paru-paru sempit
- Penyakit tibi
- Alahan
- Penyakit jantung koronari
Anda diminta untuk meneruskan menyusu anak sekiranya perkara ini tidak memudaratkan anda.
Namun begitu, ini hanyalah keterangan am tentang masalah ini. Sebaiknya, anda perlu berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Kerana isu sesak nafas adalah isu yang serius. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.