
Sulit
3 tahun
Sesak nafas di waktu pagi setelah bangun tidur
saya wanita berumur 27 tahun…saya sering sesak nafas apabila bangun tidur…tp setelah saya duduk dan cuba menenangkan diri, sesak nafas itu akan hilang…adakah saya alami panic attack atau anxiety, ataupun saya ada masalah dgn jantung atau paru2 saya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan kenyataan di atas, kami memahami bahawa anda bimbang akan gejala sesak nafas ketika bangun tidur. Kami akan cuba untuk membantu.
Untuk makluman anda, terdapat banyak penyakit yang mempunyai simptom sesak nafas. Contohnya adalah:
- Asma
- Anaemia
- Edema pulmonari
- Sakit jantung
- Masalah jantung
- Masalah psikiatri
Sepertimana di senarai, terdapat ini hanyalah diagnosis umum. Kami tidak dapat memberi nasihat rawatan atau diagnosis tepat kerana tiada pencirian simptom, pemeriksaan fizikal dan ujian klinikal.
Kami sarankan agar masalah ini dirujuk kepada doktor anda atau pakar kesihatan kami secara atas talian. Harap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.