Zara

6 tahun

Sesak nafas ini kerana hepatitis B saya?

Hi doctor,sy seorng pompuan yg brumur 31 thun,baru2 ini sy sering mengalami sesak nafas,ada ka punca sy sesak nafas dsebabkn oleh penyakit hepatitis b sy?

Dr Ilias,

6 tahun

Hello!

Hepatitis B merupakan sejenis penyakit kronik yang disebabkan oleh jangkitan virus hepatitis B. Gejala hepatitis B termasuk kurang selera makan, loya, muntah, ruam dan kekuningan mata dan kulit. Namun demikian, pesakit hepatitis B kronik biasanya tidak mempunyai sebarang gejala.

Justeru itu, punca sesak nafas anda adalah berpunca dari sebab-sebab lain. Hepatitis B jarang menyebabkan kesesakan nafas. Punca sesak nafas yang akut termasuk asma, jangkitan paru-paru, selesema dan anemia. Bagi perempuan yang muda macam anda, asma merupakan salah satu punca yang agak biasa, terutamanya sekiranya anda mempunyai alahan kepada ubat atau makanan serta menghidap penyakit alahan yang lain seperti ekzema atau rinitis alahan.

Jika anda mengalami tanda lain seperti demam, batuk, berkahak dan sakit dada maka anda berkemungkitan menghidap jangkitan paru-paru atau pneumonia. Jika anda kurang selera makan, atau mengalami perdarahan haid yang berlebihan baru-baru ini, maka anemia atau kekurangan darah boleh menyebabkan kesesakan nafas terutamanya semasa anda menggunakan tenaga yang banyak seperti bersenam. Selain itu, orang yang mempunyai berat badan yang tinggi atau obesiti mudah berasa sesak nafas.

Anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor secepat mungkin untuk mendapatkan rawatan untuk kondisi anda. Anda digalakkan untuk memberitahu doktor bahawa anda mempunyai hepatitis B supaya rawatan terbaik boleh diberi kepada anda.

Salam sejahtera. Terima kasih di atas soalan anda. Dalam situasi anda, ia kelihatan seperti terdapat kemungkinan jangkitan hepatitis B telah menyebabkan komplikasi seperti ascites di mana bahagian abdomen dipenuhi dengan air yang tidak sepatutnya dan ia terjadi disebabkan oleh kegagalan hati untuk berfungsi disebabkan Hepatitis B.

Hepatitis B disebabkan oleh virus hepatitis B (HBV) dan merupakan jangkitan yang boleh mengakibatkan masalah hati yang serius. Virus ini dijumpai dalam darah dan cecair badan seperti air mani dan cecair vagina. Anda boleh mendapatkan hepatitis B dengan melakukan hubungan seks yang tidak selamat, perkongsian alat menindik atau alat suntikan, terlibat dalam aktiviti lain di mana darah atau cairan tubuh seseorang yang dijangkiti memasuki aliran darah seseorang yang tidak mempunyai jangkitan. Virus ini juga boleh merebak dari ibu mengandung kepada bayinya.

Rawatan untuk hepatitis B adalah penting untuk mengelakkan komplikasi. Saya sarankan anda berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut. Ujina darah dan ujian enzim hati perlu dilakukan untuk mengenalpasti masalah anda. Jika ia adalah masalah kegagalan hati, rawatan seperti mengeluarkan bendalir berlebihan sama ada melalui ubat-ubatan atau kaedah peritoneal tapping mungkin akan dilakukan.

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (52)