amy.amyzsa
6 tahun
Sesak nafas kerana batuk dan selsema
Saya dapati sejak sekian lama, apabila saya mengalami batuk dan selsema, kahak saya tidak mahu keluar walaupun telah diberikan ubat cair kahak oleh doktor… Akibatnya, saya mengalami sesak nafas kerana lendiran kahak dan selsema itu tidak mahu keluar… Apakah cara terbaik untuk mengatasi masalah ini? Atau ada tak apa2 petua untuk menyelesaikan masalah ini?
Terima kasih…
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Sesak nafas terjadi kerana liang pernafasan anda tersumbat dengan cecair kahak. Anda perlu ke klinik berdekatan untuk mendapatkan nasihat lebih lanjut ataupun mendapatkan nasihat daripada Doktor pihak kami untuk mengelakkan pernafasan tersumbat.
Pemeriksaan dan ujian tertentu juga mungkin perlu dilakukan bagi mengesan punca masalah ini dan merawatnya. Oleh itu anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan nasihat lanjut. Terima kasih.



































