
Sulit
4 tahun
Sesak nafas & lemas, rasa seperti kaki ingin cramp & badan menjadi lemah
Hi Dr… Saya berusia 23 tahun & masih belajar di universiti… Berat saya 79 dengan Ketinggian 158cm. Sebelum ini saya tidak mempunyai masalah berikut namun sejak 2 3 hari ini, saya sering sesak nafas dan lemas terutamanya sewaktu baring… Selain itu, saya juga pening-pening & penglihatan saya menjadi kurang fokus… Pada sebelum malam, kaki seperti ingin cramp tapi tak cramp… Saya perlu letakkan bantal di kaki bagi mengelakkan rasa ingin cramp tersebut… Semak in hari sesak nafas saya makin teruk & dan saya rasa lemah badan. Kenapa ye? Adakah kolesterol tinggi, obesiti atau kencing manis?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Akan tetapi maklumat yang diberikan adalah tidak mencukupi untuk kami memahami masalah sebenar anda. Oleh itu, sukar untuk saya menerangkan apa yang terjadi pada anda.
Akan tetapi, untuk makluman pihak anda, masalah sesak nafas dimana individu mengalami kesukaran untuk bernafas, boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Anemia - kurang darah merah
- Penyakit Asma
- COPD: Masalah paru-paru sempit
- Penyakit tibi
- Alahan
- Penyakit jantung koronari
- sesak nafas makin teruk
Hidung tersumbat dan sukar bernafas? Dapatkan kelegaan segera.
Berdasarkan kaki anda yang mudah cramp pada waktu malam, hal ini mungkin kerana banyak kolesterol berdasarkan BMI anda yang berlebihan. Apabila terlalu banyak kolesterol, salur darah senang tersumbat dan otot kaki sukar untuk menerima Oksigen dan seterusnya menjadikan kaki anda mudah cramp. Namun, kami memerlukan lebih banyak maklumat untuk membuat rumusan tentang apa yang berlaku pada kaki anda.
Anda juga diminta untuk menjaga pemakanan supaya badan sentiasa cergas
Namun begitu, ini hanyalah keterangan am tentang masalah ini. Sebaiknya, anda perlu berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Kerana isu sesak nafas adalah isu yang serius. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.
Sakit di bahagian dada? Pakar jantung kami sedia membantu!